Tuesday, 18 October 2016

Bukit Batu Chondong

Puncak Bukit Batu Chondong
First reaction that I got from my friends are , "Mana doe bukit chondong tu?" , "Wujud ke bukit chondong tu?", "Tak pernah dengar pun" and etc. And yaaaaa.. this place exist and it is situated at Kemensah. Only took about an hour from UKM Bangi. Tapi seriuslah nak masuk tu memang dalam giler. Mula-mula memang dah takut lah sebab jalan makin lama makin kecik and curam. Terlaju or terbabas memang jatuh ke bawah lah citernya. But syukur Alhamdulillah selamat sampai. Anyway, tempat ni memang betul2 belakang Zoo Negara. Masuk lah dekat lorong kecik tu tepi gate zoo negara tu. Mula-mula memang takde apa-apa. Then bila dah masuk dalam lagi tu ada air terjun, chalet, kampung-kampung. 

Dekat sini ada dua aktiviti. Sama ada nak naik ATV or daki bukit chondong ni. Tapi bukit ni takdelah tinggi mana, tapi track dia lah payah sikit. Hampir sesat sebab salah jalan, So mata memang kena tajam lah tengok track and petunjuk. Bukit chondong ni ada 4 puncak, satu puncak tu senang lah nak naik, pejam mata pun boleh. Tapi lagi tiga puncak tu ,payahhhh doe.  Nasib baiklah masa kami pergi tu ada group pendaki profesional. Dorang lah yang tolong bagi step-step macam mana nak naik and turun. Kalau takde dorang menangis lerr kiteorang kat atas bukit tu tak turun-turun. Ahahaha. Ada tali, and kalau tersilap pijak and tangan tak kuat, jatuh ke bawah lerr citernya. 
Nampak dalam gambar macam senang, tapi realitinyaaaaaa.. rasa lah sendiri sana. Ahahaha
 Dekat pendakian sebelum ke puncak nilah kasut aku kopak.  So masa nak turun ke bawah tu memang kasut tu dah nyawa-nyawa ikan lah.. Tapi syukur Alhamdulillah kasut tu masih mampu bertahan sampai ke bawahh.. aduhaiiii.. nak gelak je bila ingat balikkk..
80% sebelum sampai ke puncak bukit.

We did it!!!!

Sebelum start mendaki ni motto kami "We don't need man at all" Tapi lepas mendaki ni kami tarik balik kata-kata kami. Terima kasih ye pada group pendaki yang tolong kami tu.. Kalau tak sampai sekarang ni, kami masih dekat atas bukit tu, tak reti nak turunnn.. Ahahahahaha

No comments:

Post a Comment